English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, 23 January 2013

KEPIMPINAN DAN MOTIVASI


KEPIMPINAN DAN MOTIVASI
  1. DEFINISI KEPIMPINAN
        “ Kepimpinan adalah suatu proses di mana pemimpin akan cuba mempengaruhi perlakuan pekerjanya bagi melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat kerja bagi unit dan organisasi. Seseorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut serta mempengaruhi perlakuan pekerja dengan berbagai cara untuk mencapai matlamat.”
                                                     Abd. Hamed et al       
“ Kepimpinan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi”
                                                          Jaafar Muhammad
b.      CIRI – CIRI PEMIMPIN
Seseorang  menjadi pemimpin kerana bakat semulajadi atau dilahirkan dengan sifat kepimpinan.
Kajiselidik telah dijalankan untuk mengenalpasti perawakan seseorang pemimpin iaitu dari segi:
                        i.    Fizikal
             ii.    Ilmu pengetahuan
            iii.    Sahsiah
n  Hasil kajian tersebut mendapati beberapa ciri yang berkait rapat dengan perawakan seseorang pemimpin iaitu:
                        i.    Memiliki keadaan fizikal yang sihat dan sesuai  
                               dengan tugasnya.                   
             ii.    Berpengetahuan luas dan pintar pemikirannya
            iii.    Memiliki daya kerja dan semangat yang tinggi
iv.    Gemar memikul tanggung jawab dan cepat membuat keputusan.
         v.    Menguasai prinsip perhubungan manusia dan teknik berkomunikasi
     vi.   Berlaku adil
         vii.   Objektif dalam erti kata dapat menguasai emosi        
              dan lebih banyak menggunakan akal
n  Keberkesanan kepimpinan seseorang pengurus itu akan lebih ketara lagi apabila dia mahir dan mampu menyelia orang bawahannya serta kaedah yang digunakannya sesuai dengan situasi.
Pemimpin Formal Dan Pemimpin Tidak formal
  1. Pemimpin Formal
       Pemimpin yang dilantik disebabkan kedudukan formal dalam organisasi
        Contoh:  Pengurus Jabatan Kewangan – disebabkan       kedudukannya sebagai seorang pengurus  secara
           tidak langsung beliau merupakan pemimpin jabatan berkenaan
       ii.            Pemimpin Tidak Formal
                          Pemimpin yang dilantik secara tidak formal dalam  organisasi      untuk mengetuai sesuatu kumpulan terbentuk dalam                        organisasi.
                          Kumpulan yang ditubuhkan secara tidak formal untuk                   memperjuangkan kepentingan tertentu mungkin akan                              melantik seorang pemimpin
                         Kepimpinan pemimpin ini tidak disahkan oleh organisasi
                         Pemimpin yang dilantik mungkin bertaraf lebih rendah atau       lebih tinggi atau setara dengan ahli kumpulan yang lain
c.       PERBANDINGAN PEMIMPIN DAN PENGURUS
Jadual dibawah menunjukkan perbandingan di antara pemimpin dan pengurus:
       Bersifat Peribadi:
        *   Salah satu perbezaan utama bahawa kepimpinan lebih
           bercorak peribadi berbanding pengurusan sebab  
           pemimpin perlu mendorong, memujuk dan
           mempengaruhi orang lain agar mereka melaksanakan 
           arahan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
        *   Manakala pengurus pula perlu menitikberatkan fungsi
            pengurusan yang bukan bersifat peribadi contohnya   
            tugas merancang atau membaca laporan tidak
            melibatkan interaksi peribadi
n  Kedudukan Dalam Organisasi :
      *   Menjadi pengurus kerana kedudukan yang formal
           dalam organisasi dan berjawatan formal
           menyebabkan pengurus ada tanggungjawab dan  
           autoriti tertentu dimana pengurus akan berperanan
           sebagai seorang pemimpin
        *   Walaupun berkedudukan formal dalam organisasi,
           seseorang pengurus tidak semestinya ada ciri- ciri
           kepimpinan yang baik. Biasanya seseorang dilantik
           menjadi pengurus kerana mempunyai pengetahuan,
           berkemahiran dan berkeupayaan mengurus dalam dirinya.
        *   Sebaliknya pemimpin yang mungkin tidak ada kedudukan
           formal dalam organisasi dilantik disebabkan ciri-ciri
           kepimpinan yang ada padanya
n  Sikap dan Motivasi:
        *   Pengurus dan pemimpin berbeza dari segi motivasi, cara berfikir    serta bertindak. Biasanya pengurus ada sikap yang bukan bersifat peribadi di mana tugas pengurus untuk memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai. Pengurus tidak mengambil berat tentang cara yang digunakan samada betul atau salah untuk mencapai matlamat tersebut
        *   Pemimpin pula bersikap lebih aktif dan lebih mengambil berat tentang cara yang digunakan untuk mencapai matlamat. Pemimpin mengambil berat tentang hal ehwal subordinatnya kerana hendak mempengaruhi mereka melaksanakan arahannya
D. GAYA KEPIMPINAN
n  Gaya kepimpinan berhubung dengan pendekatan yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi subordinatnya melalui:
                        i.              pembuatan keputusan untuk subordinat
                        ii.             Memberi panduan kepada subordinat untuk
                             membuat keputusan
                        iii.            Memberi autoriti sepenuhnya kepada
                             subordinat membuat keputusan dalam
                             menyelesaikan sesuatu masalah
n  Dalam proses kepimpinan, pengurus boleh menggunakan pelbagai gaya kepimpinan yang sesuai dalam organisasi:
  1. Gaya Kepimpinan Autokratik
        *   Proses membuat keputusan hanya dibuat oleh pengurus.
              Subordinat tidak terlibat dalam membuat sebarang
              keputusan
        *   Pengurus membuat keputusan dan memberitahu pekerja
              apa yang harus dilakukan
        *   Gaya ini sesuai bagi organisasi yang:
                        a.   Menghadapi krisis
                        b.   Mempunyai pekerja baru
                        c.   Mempunyai pekerja yang tidak bermotivasi
  1. Gaya Kepimpinan Demokratik
        *   Melibatkan subordinat di dalam proses membuat
              keputusan. Penglibatan subordinat bergantung   
              kepada situasi masalah yang dihadapi
        *   pengurus berbincang dengan subordinat untuk
             menyelesaikan masalah yang dihadapi. Cara ini akan
             memberikan keputusan yang lebih berkualiti di
             samping dapat memajukan bakat dan meningkatkan
             kemahiran pekerja. Prkerja akan lebih bermotivasi,
             berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab
             terhadap keputusan yang dibuat secara bersama
  1. Gaya Kepimpinan Lassez – faire
        *   pemimpin memberi kebebasan kepada subordinat
             untuk membuat keputusan dan bertindak.
             Subordinat menggunakan kemahiran dan membuat
             pertimbangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah
        *   subordinat akan membuat keputusan berdasarkan
              lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan untuk
              mencapai matlamat kerja
        *   gaya ini dilaksanakan apabila para pekerja bermotivasi
              tinggi, berpengalaman, berpengetahuan dan
              berkemahiran di dalam kerjayanya
         
  1. Gaya Kepimpinan Islamik
        *   Menurut pengurusan Islam, raja perlu mentadbir dan bertindak sebagai pengurus atau ketua berpandukan dan merujuk al-Quran dan al-Sunnah serta nasihat para ulama’
        *   Rakyat atau pekerja wajib taat kepada pemimpin dengan mematuhi arahan
        *   Pemimpin wajib menerima kuasa dan tanggungjawab pengurusan yang                          diberikan  oleh negara atau organisasi sebagai amanah bukan sahaja
                amanah dari pekerja atau rakyat tetapi juga dari Allah Taala
        *   Amanah (tugas-tugas pengurusan) yang diterima perlu ditadbir, diputus atau
               dibincangkan menerusi konsep syura’ iaitu permuafakatan antara pemimpin
               dan pekerja bawahannya serta pengurus-pengurus yang lain
        *   Menekankan konsep tawakkal setelah semua idea dan perancangan diatur
                  dengan teliti bagi mencapai matlamat organisasi kerana hanya Allah yang                   Mengetahui   akhir setiap pekerjaan
  1. DEFINISI MOTIVASI
        *   Satu proses yang kompleks melibatkan keadaan dalaman (naluri manusia dan rangsangan) serta luaran individu (perlakuan dan tindakan)
        *   Proses psikologi yang merangsang dan mengarahkan tindakan manusia secara berterusan untuk mencapai  matlamat
        *   Melibatkan keperluan yang dirasai dalam kehidupan  seseorang pada sesuatu ketika. Keperluan ini mewujudkan
              rangsangan atau desakan naluri dalam diri manusia yang
              menyebabkan manusia bertindak ke arah matlamat atau
              kehendak tersebut.
b.      TEORI-TEORI MOTIVASI
1.       Teori Hirarki Keperluan Maslow
*   Menghuraikan  bahawa manusia mempunyai beberapa  tingkat keperluan secara teratur
*   Abraham Maslow mengemukakan 5 tingkat keperluan manusia:
2.  Tingkat I: Keperluan Fisiologi
~   Berhubung dengan keperluan asas manusia untuk terus hidup
~   Merupakan keperluan yang terbawah sekali yang harus  dipenuhi oleh semua manusia seperti keperluan makanan, pakaian, tempat tingkat dan sebagainya.
 ~   Bagi memenuhi keperluan ini, manusia harus berusaha atau bekerja untuk mendapat keuntungan, upah atau gaji
b.   Tingkat II: Keperluan Keselamatan
 *   Untuk mengelakkan diri manusia daripada perkara-perkara yang boleh mencederakan atau menjejaskan masa depannya
*   Manusia lebih sedar tentang keperluan keselamatan setelah keperluan fisiologi dipenuhi
*   Pekerja akan merasa lebih selamat untuk bekerja sekiranya mereka tahu bahawa mereka tidak akan hilang pekerjaan atau dibuang kerja
*   Sebahagian organisasi mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih dan kondusif, skim  pencen, insurans dan sebagainya bagi menjamin keselamatan dan masa depan pekerja
c.       Tingkat III : Keperluan Sosial
         Berhubung dengan penerimaan berkumpulan atau  masyarakat                terhadap individu
        Tercetus apabila keperluan fisiologi dan keselamatan  sudah dipenuhi
        Seseorang individu tidak dapat hidup sendiri, mereka memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu  untuk berinteraksi
        Dalam organisasi, pekerja akan dikelompokkan  dalam satu kumpulan kerja dan mereka akan berinteraksi serta bekerja bersama-sama bagi
             mencapai matlamat organisasi
d.      Tingkat IV : Keperluan Esteem
        *   Tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di bawah
             dipenuhi
        *   Agak sukar dipenuhi, ia berhubung dengan
             penghargaan diri, penghormatan, status dan 
             sebagainya
        *   Dalam organisasi, keperluan ini dapat dicapai
             sekiranya pekerja dapat menunjukkan prestasi kerja
             yang baik dan diberi kenaikan pangkat, gaji yang
             tinggi, penghargaan kerja dan lain-lain ganjaran yang
             melibatkan kenaikan status pekerja tersebut
e.      Tingkat V : Keperluan Aktualisasi Diri
        *   Keperluan terakhir yang akan dipenuhi dan
             pencapaian terakhir yang diingini oleh seseorang
             manusia
        *   Melibatkan seorang manusia menggunakan bakat
             dan potensi yang ada pada dirinya untuk mencapai
             apa yang dihajati
        *   Pekerja seperti ini suka kepada kerja yang mencabar,
             berorientasikan pencapaian, kreativiti dan bercita-
             cita tinggi
2.       Teori Dua Faktor Herzberg
        *   Federick Herzberg mengkaji perlakuan manusia dan mengemukakan teori motivasi berasaskan kepada Model Penjagaan-Motivasi (Motivation-Maintenance Model)
        *   Terdapat 2 set faktor yang mempengaruhi gelagat pekerja:                  
a.       Faktor-faktor Penjagaan (Maintenance Factors)
*   Dikenali juga sebagai faktor-faktor kesihatan (hygiene  factors)
        *   Berhubung pengalaman kerja yang akan menghalang daripada berlakunya ketidakpuasan kerja sekiranya faktor-faktor tersebut  wujud dalam organisasi
3.       Teori X dan Y
        *   Douglas McGregor telah membuat andaian berhubung dengan gelagat pekerja yang boleh dijadikan panduan kepada pengurus dan pemimpin
        *   Pengurus perlu menggunakan cara yang berbeza untuk memberi motivasi kepada pekerja yang berbeza dari segi nilai, kepercayaan, sikap, kebolehan dan beberapa ciri lain yang mempengaruhi gelagat mereka
        *   Ciri-ciri yang terdapat dalam teori ini dibuat atas
             andaian berikut:
a.       Andaian tentang pekerja dalam Teori X :
        *   Kebanyakan pekerja tidak suka bekerja dan seboleh-bolehnya mungkin cuba mengelakkan diri dari membuat kerja
        *   Pekerja perlu dipaksa, diancam dan diarah bekerja untuk mencapai matlamat organisasi
        *   Kebanyakan pekerja malas, mengelak diri dari tanggungjawab, tiada cita-cita dan lebih menekankan soal keselamatan diri
        *   Kebanyakan pekerja cuba mengelakkan diri dari memimpin
        *   Pekerja hanya akan melakukan kerja yang baik jika
               ada insentif kewangan
b.      Andaian tentang pekerja dalam Teori Y :
        *   Sebahagian besar pekerja suka melakukan kerja
        *   Pekerja boleh mengawal diri sendiri, lebih suka  memberi panduan diri, berinovasi dan kreatif
        *   Pekerja suka mengambil tanggungjawab dan suka memimpin
        *   Pekerja mempunyai komitmen pada matlamat   organisasi dan berkeinginan melakukan kerja dengan baik bukan semata-mata memerlukan insentif kewangan
        *   Motivasi dan potensi pekerja sememangnya sudah sedia wujud dalam diri pekerja dan pihak pengurusan  hanya perlu menggilapkan potensi-potensi tersebut
4.       Teori Z
        *   Dikemukakan oleh Ouchi dengan menggabungkan ciri-ciri   kejayaan pengurus Jepun (Timur) dan Amerika Syarikat   (Barat) dalam bidang pengurusan.
        *   Ciri-ciri utama teori ini ialah:
        ~   Melibatkan semua kakitangan dalam proses membuat  keputusan untuk mencapai kepuasan di peringkat  Sosial Teori Hirarki Maslow (THM)
~   Pekerjaan adalah untuk seumur hidup bagi mencapai  kepuasan pada peringkat Fisiologi dan Keselamatan THM
        ~   Tanggungjawab peribadi untuk mencapai Penghormatan Diri  mengikut THM
~   Peluang menggunakan kemahiran untuk mencapai peringkat Hasrat Diri THM
                        ~   Berhati-hati dalam penilaian dan kenaikan pangkat untuk
                               membina keyakinan dan penghormatan diri seperti THM
        *   Teori Z dan Teori Hirarki Maslow mempunyai kaitan  yang rapat.
        *   Teori Z menekankan rasa tanggungjawab, kesetiaan   dan penglibatan semua pihak dalam pengurusan  organisasi tidak tertakluk kepada pengurus sahaja
        *   Pekerja terlibat dalam penentuan matlamat, pembuatan keputusan, penyelesaian masalah, melakar dan melaksanakan peluang
        *   Penglibatan pekerja dalam proses pengurusan dapat meningkatkan motivasi mereka
      *   Semua pekerja terlibat dalam pengurusan organisasi  
            walaupun pekerja tidak suka melakukan perkara-
            perkara di luar bidang mereka
1.       Penetapan Matlamat (Goal Setting)
*   Proses menetapkan tahap prestasi tertentu untuk dicapai  dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan
*   Ciri-ciri objektif yang spesifik dan jelas, mencabar tetapi  tidak terlalu sukar , akan dapat meningkatkan motivasi pekerja
*   Jelas bermaksud pekerja tahu mengenai apa yang ingin dicapai oleh organisasi
*   Objektif organisasi disampaikan samada dalam bentuk ayat atau mekanisme yang jelas kepada pekerja. Contoh: Untung yang hendak dicapai pada tahun ini ialah RM 3 juta
*   Objektif perlu difahami oleh pekerja dengan penggunaan bahasa yang jelas dan cara penyampaian adalah menggunakan bahasa dan kaedah yang difahami oleh pekerja
2.       Rekabentuk Kerja
        Definisi Rekabentuk Kerja
*   Menekankan aspek kandungan, fungsi dan hubungan kerja ke arah mencapai matlamat organisasi dan memuaskan kehendak pekerja
        *   Sikap pihak pengurusan terhadap kepentingan pekerja bermula sekitar tahun 1950an apabila semakin ramai pekerja meluahkan rasa tidak puas hati dengan kerja dan tugas yang menjemukan, kerja rutin yang tidak meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri mereka
        *   Ramai pekerja meninggalkan tempat kerja, bilangan pekerja tidak hadir semakin meningkat dan ada yang bertemu majikan untuk mendapatkan penyelesaian
        *   Hal ini memaksa pihak pengurusan menilai semula peranan dan tugas sebagai proses untuk mendorong pekerja meningkatkan moral dan prestasi mereka
        *   Terdapat 2 pendekatan sebagai tindakbalas untuk menangani ketidakpuasan yang timbul di kalangan pekerja iaitu:
        a.   Pusingan kerja (Job Rotation)
                        ~   Melibatkan perpindahan pekerja ke bahagian-bahagian   lain (di dalam skop atau bidang yang sama) supaya  pekerja tidak merasa jemu atau meluahkan rasa benci dan  bosan terhadap kerja
                        ~   Contoh:  Pusingan kerja kepada kakitangan yang berjawatan
                         kerani di bahagian kewangan yang mengendalikan kerja
                         penerimaan dan pembayaran (juruwang) dipindahkan secara
                         pusingan (bergilir) untuk memproses bil dan invois pada
                         minggu atau bulan yang berikutnya. Kaedah ini
                         membolehkan kerani tersebut mempelajari kerja baru serta
                         melatih beliau supaya cekap dan mahir di dalam tugas yang
                         berlainan di bahagian kewangan
        b.   Perluasan Kerja (Job Enlargement)
        Definisi:  
        “  Rekabentuk kerja di mana beberapa tugasan yang berkaitan dengan kerja yang  dilaksanakan oleh pekerja telah ditambah  (setelah latihan yang berkaitan  diberikan), untuk memberikan  kepelbagaian  aktiviti dalam kerja  di samping  dapat mengurangkan kebosanan.”
        ~   Pendekatan yang telah digunakan oleh organisasi  besar seperti IBM dan FORD untuk  menyelesaikan  masalah pekerja, kos pengeluaran dan kualiti  produk
        ~   Program ini juga menimbulkan masalah di mana  ada pekerja yang tidak berkeupayaan untuk  menjalankan tugas tertentu dan pekerja yang  berkeupayaan pula akan meminta tambahan gaji
        ~   Program ini berkemungkinan menyebabkan ramai  pekerja diberhentikan kerana berbagai- bagai kerja  hanya dapat dilakukan oleh segelintir pekerja sahaja. Ini  akan mewujudkan  ketegangan antara pihak majikan dan kesatuan sekerja
        c.   Pengkayaan Kerja (Job Enrichment)
        Definisi:
        “   Satu cara untuk memotivasikan pekerja dengan memberikan mereka  peluang menggunakan kebolehan dan kepakaran  mereka dalam melaksanakan  tugas yang diberikan”
                        ~   Satu lagi kaedah untuk mendorong pekerja untuk 
                      meningkatkan keinginan dan  prestasi kerja
                        ~   Menitikberatkan kerja atau tugas itu sendiri di dalam
                      organisasi
                        ~   Melibatkan 2 faktor penting:
                                        1.   Menyediakan kerja yang pelbagai
2.   Memberikan kuasa atau autoriti dan tanggungjawab  kepada para pekerja untuk menjalan kan tugas mereka sehingga selesai
        ~   Hal-hal yang diberi perhatian di dalam kaedah ini:
        1.   Tanggungjawab pekerja
                 Pekerja hanya dapat meningkatkan tanggungjawab mereka apabila dibuat pengawalan ke atas kerja mereka.
        Melalui kaedah ini pekerja tidak dikawal dengan ketat oleh penyelianya sebaliknya pekerja yang akan mengawal dan menyelia tugas mereka sendiri
                Tanpa kawalan yang rapi diharapkan kreativiti  pekerja tidak akan disekat
        2.   Membuat Keputusan
        Pekerja perlu diberikan kuasa untuk membuat keputusan berkaitan dengan kerjanya
         Bila pekerja mempunyai kuasa dan kebebasan ke atas kerjanya, mereka akan mendapat kepuasan serta  akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab
        3.   Maklumbalas
         Prestasi pekerja samada memuaskan atau tidak perlukan disampaikan kepada mereka
        Dengan itu mereka dapat memperbaiki prestasi masing-masing di masa hadapan
        4.   Kemajuan dan Perkembangan diri
        Tanggungjawab yang diberikan, autoriti dan autonomi yang ada pada pekerja dapat menambahkan lagi pengalaman dan keupayaannya melalui latihan disediakan pihak pengurusan
        Oleh itu pekerja dapat memajukan diri dan kerjanya
        5.   Pencapaian
         Ciri-ciri kerja yang disebutkan di atas akan memberikan tahap pencapaian ke atas diri pekerja dalam organisasi   
3.       Kualiti Suasana Kerja (KSK)(Quality Work Place)
        *   Merupakan program pengurusan yang meningkatkan output seperti produktiviti dan prestasi melalui  pengurusan kerja, pekerja dan keadaan kerja yang baik
        *   Program pengurusan menekankan kepada aspek  pengalaman kerja di tempat kerja
        *   Pengalaman kerja yang menyeronokkan dan suasana  kerja yang baik akan meningkatkan output  produktiviti dan prestasi kerja yang cemerlang
        *   Pendekatan KSK dibentuk untuk membantu pekerja merasa seronok dengan diri, kerja dan organisasi mereka
        *   Faktor-faktor yang dikaitkan dengan KSK:
                        >   Pampasan yang sesuai dan munasabah
                        >   Persekitaran kerja yang selamat dan sihat
                        >   Peluang untuk membangunkan kebolehan sumber
                    manusia
                        >   Peluang untuk pembangunan dan keselamatan
                     kerja yang berterusan
                        >   Jadual kerja dan tugasan mudah/longgar (flexible)
                        >   Perhatian yang berhati-hati terhadap aliran serta
                     rekabentuk kerja dan pekerja dilibatkan di dalam
                     menghasilkan rekabentuk kerja
                        >   Kerjasama yang bertambah dan lebih baik dalam
                     kesatuan pengurusan
                        >   Kurang struktur penyeliaan dan banyak pembangunan
                     efektif dalam kumpulan kerja
        *   KSK menekankan faktor kemanusiaan dalam  meningkat motivasi pekerja
        *   Namun, terdapat juga beberapa masalah seperti:
i.   KSK unsur terakhir yang akan mendorong pekerja bermotivasi berbanding dengan faktor-faktor lain
ii.   Pertukaran kaedah memotivasikan pekerja kepada KSK akan melibatkan kos yang tinggi dalam bentuk masa, peralatan dan pekerja
iii.   Kebanyakan kesatuan sekerja tidak suka KSK kerana dikatakan akan mengurangkan kuasa mereka
4.       Pengupayaan (Empowerment)
         
  *   Definisi:
  “   Kewujudan perasaan untuk mengawal dan diri sendiri  mempunyai keupayaan apabila manusia diberi kuasa  dalam  keadaan di mana sebelum ini mereka tidak  berkuasa”
    *   Menerangkan bagaimana pekerja diberi lebih autonomi  terhadap proses kerja
    *   Ia termasuk :
                        i.   Membenarkan pemegang jawatan menentukan kaedah kerja
                        ii.   Memberi cadangan bagaimana menyelesaikan masalah
                        iii.   Menerima maklumat yang berkesan serta mengawal
                       belanjawan kewangan
* Pekerja diberi autonomi iaitu kebebasan, berdikari dan menggunakan budibicara terhadap aktiviti-aktiviti     kerja mereka
*  Pekerja diberi tugas penting yang tinggi tahap    kerjanya, mustahak pada diri sendiri dan orang lain
*     Pengupayaan juga membolehkan pekerja mengawal            maklumbalas prestasi kerja mereka
        *   Pekerja perjaya pada keupayaan diri sendiri untuk
           menyelesaikan tugas dengan jayanya
5.       Ganjaran (Kewangan dan Bukan Kewangan)
        *   Ganjaran – pemberian dalam bentuk  pampasan yang
                                     diterima oleh pekerja daripada organisasi
                                     disebabkan oleh sumbangan yang mereka
                                     berikan
        *   Pampasan pekerja – fungsi pengurusan sumber
                                                         manusia yang harus mempunyai
                                                         sistem pampasan yang menarik
                                                         agar dapat mengekalkan dan
                                                         memotivasikan pekerja sedia
                                                         ada dan menarik calon-calon
                                                         yang berkualiti dalam organisasi
         i.            Bentuk Wang
        Gaji pembayaran berdasarkan tempoh bulanan dan mengikut prestasi yang telah ditetapkan
        Bonus tunai dibayar pada akhir tempoh tertentu sebagai peratusan daripada gaji asas pekerja
        Cuti berbayar tambahan diberi kepada para pekerja lebih daripada tambahan yang mereka layak. Mereka mungkin  memilih untuk mendapatkan tunai untuk menggantikan cuti tambahan ini
        Komisen dibayar apabila mengatasi sasaran yang ditetapkan untuk mereka mungkin merupakan peratusan tertentu daripada lebihan output
        Barang diberi bagi menggantikan ganjaran tunai percuma.
        Bentuk ini sesuai bagi perniagaan memproses makanan
        Faedah organisasi seperti insurans pekerja, perubatan,
        pengangkutan, tempat tinggal boleh diberikan kepada pekerja

0 comments:

Artikel lainnya